Thursday, 24 November 2016

LUAHAN HATI SEORANG SUAMI.... 'Macam Mana Saya Tak Cari Isteri Kedua..... Isteri Sibuk Layan Facebook & WhatsApp' ....KISAHNYA BETUL-BETUL BUAT ANDA...???

Tags

Kecanggihan teknologi sepatutnya digunakan dengan cara yang berhemah dan bijak, namun tidak bagi isteri seorang lelaki ini yang siang malam sibuk memanjang melayan Facebook dan group WhatsApp.

'Macam Mana Saya Tak Cari Isteri Kedua, Isteri Sibuk Layan Facebook & WhatsApp' - Suami
'Macam Mana Saya Tak Cari Isteri Kedua, Isteri Sibuk Layan Facebook & WhatsApp' - Suami

Pada awalnya dia masih mampu bersabar dan bertahan lagi dengan sikap isterinya. Namun, bila anak mula terabai, dapur tak berasap, si suami terpaksa melakukan semua kerja di rumah.

Sudah diberikan nasihat, malangnya masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Jadi, usah hairan jika suami mula mencari yang lain.


Apa pendapat warga KRT sekalian. Isteri saya asyik melayani Facebook dan group WhatsApp. Kadang-kadang anak berak, lapar, jatuh dia tak pedulikan. Saya dah puas menasihatkannya tetapi tak dengar cakap.

Dia duduk di rumah saja, tak kerja. Bila saya balik rumah, tahi anak masih melekat di pampers. Bila saya tanya kenapa tak basuh, katanya anak baru berak. Bila saya basuh, punggung anak dah merah sebab dah lama sangat tak dibasuh.

Hari-hari isteri masak nasi dengan telur goreng. Padahal dalam peti ais penuh dengan barang-barang masakan yang lain. Kadang-kadang sayur jadi rosak sebab tak dimasak. Pernah sekali saya masak sebab sudah tidak tahan dengan perangai isteri. Saya buat semua kerja, ingatkan dia akan berubah tetapi malangnya tidak. Isteri menjadi semakin malas.

Oleh kerana seminggu lagi saya outstation, saya bercadang nak tinggalkan anak di rumah mak saya sebab bila saya tiada, isteri bertambah lebih suka. Dia menjadi bebas untuk melakukan apa-apa yang dia suka.

Mohon warga KRT doakan saya semoga cepat-cepat berjumpa jodoh dengan isteri kedua yang baik, tak nak pemalas dan kuat melawan seperti yang sedia ada ini.

Saya bukan tidak mahu membantunya buat kerja tetapi dia sudah melampau. Semakin dinasihat, semakin menjadi-jadi. - Kisah Rumah Tangga | The Reporter


EmoticonEmoticon