Percaya tak, ramai orang yang gelak,sindir dan kutuk dia disebabkan trademark yang ditonjolkan olehnya "Qu Puteh, Qu Puteh Barulah Puteh"dalam mempromosikan produknya.
Aku tak faham lah, kenapa orang kita suka merendah-rendahkan usahawan-usawahan melayu seperti Dato Seri Vida dengan produk Qu Puteh, Dato Aliff Syukri dengan produk D'herbs,
Kak Ton dengan produk Beauty Umaira dan ramai lagi. Usahawan bangsa lain diagung-agungkan. Sepatutnya kita bangga kerana ada usahawan-usahawan melayu sehebat ini.
Rasanya sebab ramai yang rasa meluat dengan trademark mereka, tapi tujuan asal dibuat begitu adalah untuk melariskan produk mereka dan ternyata ianya berhasil. Dato Seri Vida ni walaupun orang kutuk dan cerca dia, tapi dia tak berputus asa.
Kita hanya kenal dia hari ni dengan tengok kekayaan yang ada padanya tapi disebalik kekayaan yang dikecapi tu, tersimpan ujian dan dugaan yang berat sebelum bergelar seorang dato.
Image result for wajah dato vida dahulu
DISEBALIK KISAH SEDIH DATO SERI VIDA, QU PUTEH
1. Berniaga sejak kecil.
2. Nama diberi Hasmida. Dapat nama Vida dengan namanya Ida dan dia rasa V itu bertuah kerana pada zaman itu kereta perdana V6 dan Volkswagen sangat femes.
3. Semasa universiti berniaga juga, ketika itu tiada orang pakai motor tapi Dato.Vida dah pakai kereta.
4. Bergelar pendidik. Sewaktu kerja sebagai pendidik dia telah berusaha dan memiliki beberapa salon.
5. Selepas ada salon dia cuba untuk buat produk sendiri. Dia habiskan sebanyak rm800k untuk produknya namun satu sen tak balik modal.
6. Selepas itu, dia tidak putus asa dan beroleh idea untuk memasarkan produk untuk golongan tua iaitu pamoga.
7. Dia hasilkan pamoga sebanyak 500 botol dan setahun baru habis produknya walau berbagai marketing yang dia lakukan.
8. Selepas dia berhenti kerja dia sendiri marketingkan produknya, barulah meletup.
9. Setelah produknya laris di pasaran, Dato.Vida diberikan dugaan yang amat besar. 2 anak lelakinya mati dalam kebakaran.
10. Dato.Vida tidak mampu menatap wajah anak-anaknya yang telah meninggal. Anak-anaknya meninggal disebabkan kebakaran iaitu lemas asap. Berdarah telinga dan mulut. Dato.Vida hanya membayangkan anak-anaknya gembira, ceria dan bahagia.
11. Sejak peristiwa itu Dato.Vida banyak muhasabah diri. Berdiam diri dari dunia 'glamour' selama 2 tahun.
12. Sekarang dia bangkit dan muncul kembali bergiat aktif dalam dunia perniagaannya. Menaja pelbagai rancangan TV yang ramai peminat.
Ujian hebat untuk orang hebat. Sentiasa berusaha dan anggap apa yang berlaku semua Allah dah buat yang terbaik. Yang penting, jangan hirau apa orang cakap dan jangan mudah mengalah.
EmoticonEmoticon