Alor Setar:
Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala,
meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah 11.30 malam tadi.
Muhammad Fakhrullah Firdaus berusia tujuh bulan menghembuskan nafas
terakhir di wad kanak-kanak hospital terbabit selepas tidak sedarkan
diri sejak Sabtu lalu.
Ibunya Hasida Ahmad,35, berkata, anak
bongsu dari tiga beradik itu dibawa ke hospital selepasterkena sawan
kira-kira jam 4 pagi hari berkenaan.
Katanya, ketika kejadian Muhammad Fakhrullah sedang tidur di sebelahnya sebelum tiba-tiba diserang sawan.
"Saya dan suami Firdaus Mohd Rahim, 35, terus membawanya ke hospital.
"Setibanya di Jabatan Kecemasan HSB dia dimasukan ke zon merah dan
sejak itulah dia tidak sedarkan diri sehinggalah disahkan meninggal
dunia malam tadi," katanya ketika ditemui pemberita di Surau Flat
Simpang Kuala di sini.
Menurut Hasida, sebelum terkena serangan sawan anaknya sudah kelihatan lemah dan hilang selera makan selain sering muntah.
Katanya, walaupun sakit anaknya itu jarang merenget dan menangis.
"Dua tiga hari sebelum terkena sawan dia kurang aktif...apabila saya suap susu dan nestum dia akan muntah kembali.
"Selepas sehari dirawat di HSB, otak di luar tempurung nampak mengucup
dan air meleleh keluar, degupan jantungnya juga semakin lemah,"katanya.
Hasida bagaimanapun reda dengan pemergian anak kerana sudah dimaklumkan
doktor anaknya itu tidak mempunyai harapan sejak dilahirkan.
Jenazah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Keriang Pulau, di sini kira-kira jam 10.40 pagi ini.
Sementara itu, Pejabat Menteri Besar yang diwakili Ketua Pemuda UMNO
Alor Setar Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa turut menyerahkan sumbangan
bagi meringankan proses pengebumian jenazah. Sebelum ini, akhbar
ini melaporkan sepasang suami isteri buntu memikirkan nasib bayi lelaki
mereka berusia lima bulan yang menghadapi masalah sebahagian otak di
luar tempurung kepala iaitu di bahagian belakang sejak lahir.
Muhammad Fakhrullah terpaksa menahan derita apabila sebahagian otaknya
berada di luar tempurung kepala dengan saiz sebesar telur ayam atau
kira-kira lima sentimeter dan perlu dibalut dengan kain bersih bagi
mengelak terkena jangkitan kuman.
Suami Hasida, Firdaus yang
bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan berkata,
beliau membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk perbelanjaan anaknya
itu selain perlu menyara dua lagi anak lelaki masing-masing berusia
lapan dan lima tahun.
sent by Harian metro
Kiriman:
NK
Home
Unlabelled
SEMOGA DAMAIMU DISANA WAHAI SAYANG....-Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia... SEDEKAHKAN AL-FATIHAH...
Wednesday, 23 November 2016
SEMOGA DAMAIMU DISANA WAHAI SAYANG....-Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia... SEDEKAHKAN AL-FATIHAH...
✔
Anonymous
Diterbitkan 23:39
Tags
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
EmoticonEmoticon