Ustaz Kazim Elias Kongsi Pengalaman Kena Santau | KISAH santau menyantau
atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang
pelik meskipun di zaman moden ini.
Malah ada manusia yang sanggup menjadi pembunuh dengan meminta
pertolongan daripada jin dan syaitan bagi membalas dendam kepada manusia
lain menggunakan cara halus begini.
Mereka yang ditimpa musibah jatuh sakit disebabkan sihir santau pula,
tak semestinya orang biasa malah ustaz yang diketahui tinggi ilmu agama
pun kadangkala dijadikan mangsa oleh manusia yang mengikut hati dan hawa
nafsu.
Berikut perkongsian oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias berkaitan pengalamannya disantau.
1996
Saya dijemput menjadi imam qiamulail, selesai kuliah subuh saya pulang
ke rumah. Jumaat sekitar 9.30 pagi, dada saya sakit, badan tiba-tiba
sahaja lemah, kepala pening.. saya muntah.. masyaallah.. darah membuak
keluar. Di hospital doktor kata sy terkena jangkitan virus. 6 hari
terlentang, anak sulung saya umur 2 tahun menangis siang malam. Saya
terlalu lemah, dada seperti dihiris-hiris. Setiap petang saya nampak
lembaga perempuan berbaju putih, berdiri di pintu sambil tersenyum
berkata “padan muka.. padan muka”.
Teman (kawan) saya datang tidur di rumah, lari dia sebab dia nampak
lembaga hitam besar berdiri dan kencing atas dia.. Masyaallah badan
makin lemah, mana-mana anggota dipegang pasti menjerit saya kesakitan.
Saya dibawa ke Kedah dan Batu Kurau untuk berubat. Di Batu Kurau
dapatlah jawapannya.. saya disantau, kuku semua dah hitam, badan susut
mendadak.. beribu-ribu miang buluh dikeluarkan dari dada saya, sakitnya
Tuhan sahaja yg tahu. Bilal tua yang merawati saya kata “sabar ni ujian
Allah..”
5 tahun kemudian dia meninggal kerana sakit tua. Sejak itu pantang saya ialah makanan yang tajam dan berbisa sepeti tebu, rebung, kambing dan beberapa jenis lagi. Ini kali pertama saya disantau. Perit, pedih dan sakit sangat, bagi yang pernah kena dia tau lah macamana rasanya.. kenangan yang menginsafkan 1996/97
1997
Kesakitan akibat disantau berterusan dan mengganggu kerja dakwah saya.
Serangan kedua lagi teruk, ramai yg datang membantu di samping amalan
tertentu, gangguan dalam rumah makin menjadi-jadi. Saya dibawa balik ke
Kedah untuk berubat, doktor mengesahkan saya tiada sebarang penyakit.
Tahapnya sampai orang masjid datang baca Yasin.. saya redha apa jua
ketentuan Allah. Suatu malam, saya bermimpi didatangi seorang ulama,
memakai baju putih.. mengucapkan salam.. dipegangnya dada saya dan
dibaca beberapa potongan ayat Al Quran. Dia kata esok ambik 7 benda ni
dan mandi gosok seluruh badan.. Insyaallah katanya Allah bagi
kesembuhan.
Dalam mimpi itu saya dipertunjukkan dengan 6 orang yang menyihir saya..
gambar mereka ditunjuk satu-satu.. saya tersedar dari tidur..
Masyaallah, mimpi apakah ini.. mimpi benar atau mainan?
Siang esoknya sy gagahkan diri utk bercakap, minta disediakan 7 perkara
itu, saya pun dimandikan dan saya masih ingat lebih 2 minggu saya
terlantar, batuk berdarah, hanya boleh minum susu sahaja.. Pagi saya
mandi pada sebelah petangnya Alhamdulillah saya dah boleh duduk.. saya
kata lapar.. nak nasi.. saya tengok org sekeliling saya menangis, saya
minta nak pegang anak saya, syukur dah boleh ingat banyak benda.
1998
Saya pindah dari rumah sewa ke rumah sendiri di Batu Gajah.. dalam sibuk
dok angkat barang, datang suami isteri.. saya kenal mereka, orang kaya,
orang hebat deme ni.
Tiba-tiba suami dia peluk saya, si isterinya menangis.. dia kata “maafkan kami ustaz” berkali-kali diulang perkataan itu.
Saya tanya “nape?”
Dia jawab “kamilah yg menyihir ustaz, kami berdosa sangat-sangat pada Ustaz”
Saya tanya “kenapa buat kat saya mcm ni?”
Dia jawab “Saya terasa bila ustaz tegur dalam kuliah tentang orang yg
tak berjemaah dimasjid, saya geram, saya menyampah dgn kata-kata ustaz”
Saya jawab “takpe..Alhamdulillah, saya tak marah dan simpan dlm hati”
Dia kata lagi “mereka berenam terlibat”
“Enam org?” saya terkejut..
Memang, saya kenal mereka kerana suami isteri inilah yg ditunjuk dalam
mimpi saya itu. Saya sebut nama lagi empat org, dia mengaku betul,
mereka yang aniaya saya. Saya cakap pesan pada mereka saya maafkan
mereka.
Sampai sekarang, kalau saya terserempak mereka berdua, si suami akan
memeluk saya.. satu keluarga rapat dan tiap-tiap tahun mereka datang
beraya (hari raya) dengan bawa sekali anak menantu cucu.. langsung tiada
dendam dihati, Alhamdulillah.
2001
Ketika itu menjadi Imam di Masjid Al-Aulia, Ipoh. Tabiat saya ialah
makan malam jam 6:30 petang.. bila saya 3 kali suap baru saya perasan
ada banyak ulat di dalamnya, bergerak-gerak, MasyaAllah, bila saya buang
ke lantai jadi nasi tapi dalam pinggan berulat.
Saya tanya isteri, ni nasi bila? Dia jawab baru masak. 3 hari
berturut-turut sebelum itu tikar getah rumah saya diselak-selak
sedangkan ada kusyen, meja makan dan almari kitab di atasnya. Berombak
macam ada orang mengibasnya. Itulah permulaan serangan ketiga pada saya
dan kali ini paling teruk, saya terlantar sebulan malah tak dapat
mengingati orang di sekeliling saya. Sakitnya sangat kuat sehingga
mengganggu keluarga.. berpuluh-puluh ustaz dan pengamal perubatan
tradisional datang membantu.. saya ucapkan terima kasih kepada Dato’
Ismail kamus, Dato’ Syeikh Mohd Nor, Ustaz Che Leh. Ustaz Ridzuan yang
tak putus dan jemu membantu dan ribuan pelajar yang membuat solat hajat
dan yang datang berubat dari seluruh negara.
Inilah kesakitan yang paling saya deritai hingga ke saat ini.. Mungkin
tuan puan kata saya ni dok cerita pengalaman peribadi sahaja tapi saya
ingin mengajak pada semua agar sabar dengan ujian dan mudah-mudahan
Allah mengampuni dosa kita. Kesakitan pada 2001 adalah pengalaman yang
sangat berharga kerana mendorong saya mempelajari ilmu perubatan Islam
secara lebih mendalam apabila Dato’ Ismail Kamus berkata pada saya…”Anta
berubatlah akan diri anta sendiri..”
Alhamdulillah.. selepas sebulan tak bangun, tak boleh tidur, takde
selera makan, hilang banyak ingatan, saya bangun dengan izin Allah… saya
temui jawapannya bila saya dan sahabat saya dari Indonesia menemui
bangkai anjing ditanam dalam halaman rumah… Apa jenis manusia ini… Apa
salah saya…???
Apapun yang baiknya saya dapat belajar banyak perkara dari ujian ini
antaranya… Saya belajar perubatan Islam.. Kedua, saya dapat tahu mana
kawan masa susah senang dan kawan masa kita senang sahaja.. Terima Kasih
kawan dan sahabat yang tolong saya.
Ustaz Kazim Elias
EmoticonEmoticon