Teringat kata-kata seorang rakan sekerja saya dari Mediterranean yang pada mulanya beliau terkejut sangat dengan senarai harga makanan yang ada di sebuah kedai mamak. Hot Coffee cume bernilai RM 2.00 walaupun bungkus. Beliau kata; “Wah Murahnya!! Starbuck sangat mahal sehingga belasan ringgit secawan”.
Masa tu beliau baru sampai Malaysia, dan masih belajar lagi dengan adab dan budaya di sini. Oklah, disebabkan murah, maka beliau pun order hot coffee bungkus.
Alangkah terkejutnya beliau yang hot coffee itu sebenarnya dimasukkan ke dalam beg plastik ikat tepi. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik , Kami yang mendengar cerita ini gelak sakan sampai menitik air mata. Hehehehe.

Beliau sungguh pelik dengan culture di Malaysia. Patutlah murah!!! Sebab nak jimat punya pasal, sehingga tak fikirkan sebenarnya sangat bahaya meletakkan air panas dalam bungkusan plastik macam di bawah ini. Sama jek analoginya dengan botol air plastik yang dibiarkan panas di dalam kereta. Itu juga bahaya diminum.
Tapi ramai yang langsung tak sedar, selalu sangat buat benda ni. Bungkus air panas dalam plastik, ikat tepi satu!! Of course saya pon tak terkecuali. Tapi dah tak nak dah buat. Dulu tak tahu, tapi sekarang dah tahu makan tak nak buat-buat tak tahu lagi.
Akan ku rajinkan diri pergi ambil cawan kaca dan turun ke cafe balik untuk beli teh tarik. Bahaya Bungkus Air Panas Dalam Plastik ataupun bancuh sendiri punya kopi kat opis. Berikut adalah petikan dari Akhbar Harian Metro yang menjelaskan perkara ini. Meskipon Harian Metro adalah akhbar tabloid, tetapi ada juga info yang bagus boleh dishare bersama

Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut. Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’.
VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah. Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua kali sebelum dibuang.
Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM. “Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya. Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM.
Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang. Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia. “Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.
“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.
“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.
Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki. “Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.
Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin. Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).
Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.
“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik. Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh. “Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan.
Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap. “Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja.
Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya. Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.
“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.
“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya. Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.
“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia. “Kari panas dibungkus menggunakan bahan plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.
Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar. – Harian Metro 22/01/2006
Kita selalu lupa nak fikir, mementingkan MURAH jauh lebih penting berbanding SIHAT. Ironinya, memang banyak benda yang kurang sihat bernilai jauh lebih murah berbanding benda atau perkara yang sihat. Sebagai contoh, bekas polistrin, memang murah tapi boleh penyebab kanser.
Teringat saya dahulu ketika belajar di universiti, bekas polistrin memang dah diharamkan terus. Kafe-kafe menyediakan bekas makanan selamat yang seakan kertas tapi sebenarnya diperbuat dari hampas tebu. Bukan sahaja ia tahan lasak, tapi memang menyerap minyak dan juga biodegradable.

Malangnya, bila masuk bekerja, suasana kembali jauh berbeza. Jarang ada company yang menekankan sangat pasal kesihataan dan pencemaran alam sekitar dengan bekas-bekas polistrin. Apa yang penting, cepat dan semurah yang mungkin.
Tak tahulah, mentaliti masyarakat kita lebih sukakan benda yang nampak seperi instant gratification, yang mudah murah sekarang, tapi bahaya itu dipilih; berbanding yang mahal dan agak leceh, tapi lebih menyihatkan.

Takpela, saya nak berubah. Sekurangnya-kurangnya perlahan-lahan berubah, berbanding tak berubah langsung. InsyaAllah.
EmoticonEmoticon