Kencing Malam perkara lumrah dialami kanak-kanak akibat ketidakupayaan mengawal pundi kencing. Kira-kira 40 peratus mereka kencing sewaktu tidur dan lebih merisaukan jika perkara itu berlarutan hingga usia meningkat remaja. Ia tindakan di luar kawalan dan sering dihadapi kanak- kanak berusia bawah tiga tahun.
Kemungkinan bagi kanak-kanak berusia lima tahun menghadapi masalah itu ialah 20 peratus, usia enam tahun (10 peratus) manakala 10 tahun (lima peratus).
Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki.
Kencing malam masih dianggap normal bagi kanak- kanak bawah usia enam tahun. Biasanya kanak-kanak perempuan lebih mudah mengawal kencing berbanding lelaki.
Kencing malam atau ‘bedwetting’ ialah kencing tidak disengajakan pada waktu malam di atas katil di kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun.
Masalah kencing malam, atau istilah perubatannya enuresis adalah perkara normal bagi kanak-kanak . Biasanya selepas kanak-kanak berumur lima atau enam tahun mereka akan berhenti tabiat tersebut.
Bagaimanapun dari segi istilah, jika kanak-kanak itu selalu kencing malam tanpa sebab yang pasti ia dinamakan sebagai primary enuresis.
Tetapi jika masalah kencing malam hanya berlaku sesekali iaitu apabila kanak-kanak terlalu aktif bermain di siang hari menyebabkan dia penat, ada masalah emosi seperti sedih dan marah atau waktu tidur yang berubah, ia dinamakan secondary enuresis. Namun jika berterusan tanpa ada tanda mahu berhenti, ia satu penyakit yang mesti dirawat kerana bimbang ia ada kaitan dengan masalah saraf tunjang, jangkitan kuman pada air kencing, diabetis atau buah pinggang.
Apakah punca kencing malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam juga dikatakan disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip mengatasi
1. Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
2. Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
3. Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
4. Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
5. Jika anak tidur sendirian di bilik sendiri, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
6. Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.
7. Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
8. Guna cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
9. Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau, alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
10. Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
Petua yang boleh dicuba oleh ibu bapa yang ada anak kecil yang masih lagi tak leh nak control ‘hujan buatan’ dari membasahi tilam. Hmm.. siapa yang mengalami masalah nie memang tahu betapa letihnya nak menjemur tilam tu setiap hari.. Ada gak yang tak jemur, cuma pakai febreze jer.. tapi sure ker kuman-kuman tuh dah hilang..
Petua Elak Kencing Malam Untuk Anak Kecil Dengan Lemon Dan Madu
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.
Selamat mencuba.
EmoticonEmoticon