Thursday 27 October 2016

(AWAS SEMUA) : Taktik Terbaru Scammer. Wanita Ini Kongsi Jadi Mangsa Scammer Menyebabkan Telefon Miliknya Hilang !!!

Tags

Taktik Terbaru Scammer. Wanita Ini Kongsi Jadi Mangsa Scammer Menyebabkan Telefon Miliknya Hilang !!! | Sebelum ini pelbagai kisah kita dengar mengenai kegiatan menipu di media sosial, dalam kisah ini semua golongan terdedah dan ramai sudah menjadi mangsa.

jgjgjgj 

Terbaru seorang wanita bernama Nur Afiqah Hunain telah menjadi mangsa kepada kegiatan haram ini, apa yang menarik mereka melakonkan watak yang cukup baik untuk memperdayakan beliau.
Rentetan peristiwa kehilangan telefon bimbit di Pavilion
.
Semalam, 26/10/2016, seseorang yang menggelarkan dirinya Hafiz Leong Abdullah bersama isterinya Puan Jamilah menetapkan temu janji bersama saya untuk bertemu di Kafe Dome, Pavilion KL bagi membincangkan perihal tutor untuk tiga orang anak perempuan mereka. Sehari sebelum itu, kami telah berbincang dan bersetuju untuk meng’hire’ saya sebagai private tutor anak mereka bagi subjek Matematik dan Sains.
.
Jam 2.50 petang, saya bertolak ke LRT Sungai Besi dan parkir kereta di sana dan menggunakan LRT untuk menuju ke Pavilion. Dalam perjalanan, kedua-dua mereka tidak henti-henti menghubungi saya bertanyakan lokasi saya pada masa itu. Malah sebelum tiba di stesen Hang Tuah, Encik Hafiz sekali lagi call dan bercadang menukar lokasi pertemuan di Bukit Nanas.
.
Saya katakan saya tidak tahu lokasi tersebut dan kami bersetuju untuk bertemu di Pavilion saja. Saya tiba agak lewat. Sepatutnya kami bertemu jam 3.45 petang di sana. Usai tiba, dia meminta saya menunggunya di British India yang berhadapan dengan Kafe Dome.
.
Lima belas minit kemudian, datang seorang lelaki berusia anggaran 40 ke 50 tahun(melihatkan rambutnya yang dipenuhi uban), berkemeja kemas menghampiri saya. Kemudian, kami duduk di Kafe Dome dan memulakan perbincangan. Dia bertanyakan latar belakang pendidikan saya sebelum ini.
.
Mengikut pelan asal, temu janji ini akan disertai isterinya berserta dua anak mereka namun hanya Encik Hafiz yang hadir seorang. Sedang saya menceritakan latar belakang, saya dihubungi isterinya. Perbualannya sebegini, 
“Saya tak biasa dengan jalan dekat Pavilion ni, boleh tak Afiqah bagi telefon pada suami saya sekejap?” 
Saya yang berfikiran positif ini turutkan sajalah. Yang sempat saya dengar suaminya bertanya sebegini, 
“Where are you right now actually?”
Dek bingit dengan muzik yang dipasang di ruang centre, dia cuba menjawab panggilan isterinya di luar kawasan Dome. Silap saya membenarkan saja dirinya membawa telefon saya ke luar. Saya fikir mungkin sebentar saja. Saya hairan melihat dirinya yang tidak pulang-pulang sehingga sejam kemudian. Instinct mengatakan saya telah di’scam’. Saya memberanikan diri untuk meminjam telefon dari pekerja di Dome. Saya benar, panggilan tersebut masuk ke voicemail!
.
Saya sudah tidak peduli malu, laju saja air mata mengalir masa itu. Sudahlah saya berseorangan dan pertama kali di Pavilion. 
Di’scam’ pula oleh seseorang yang saya fikir benar-benar ingin mendapatkan private tutor buat anak mereka. Mujur saja pekerja di Dome membantu. Merekalah menghubungi polis bantuan dan membawa saya untuk membuat laporan polis.
.
Saya sempat block nombor tersebut dan digantikan dengan nombor yang sama tetapi sim baru. CIMB juga saya hubungi kerna risaukan screenshot nombor akaun yang terdapat di dalam sana. Saya tiba di rumah hampir pukul 10 malam. Malam itu juga, saya tukar segala password apps yang ada di dalam telefon. Hanya itu yang mampu saya lakukan.
.
Di sini saya gariskan tindakan yang perlu diambil jika anda turut mengalami situasi yang sama: 
1. Buat mereka yang pernah menyiarkan iklan tentang perkhidmatan home tuisyen, sila berhati-hati bila mana anda dihubungi oleh mereka yang berminat dengan perkhidmatan anda.
2. Elakkan memberi detail seperti alamat rumah dan gambar. Seperti kes saya ini, saya berikan saja detail tersebut. Kerana itulah dia cam saya semalam.
3. Bagi perempuan, bawa bersama teman jika anda pertama kali bertemu mereka yang tidak dikenali.
4. Catat nombor mereka yang penting dalam buku. Sekurangnya masih boleh meminta pertolongan dari yang lain.
5. Block nombor telefon secepat mungkin di pengendali perkhidmatan masing-masing.
6. Transfer gambar-gambar ke dalam external atau Google Drive. Saya hilang semua gambar tersebut.
7. Tukar semua password application yang terdapat di dalam telefon.
8. Buat laporan polis.
9. Akhir sekali, baca ayat kursi bila mana hendak keluar ke mana-mana sebagai pelindung.
.
Polis tunjukkan CCTV kepada saya semalam. Memang benar dia berniat untuk mencuri. Matanya melilau ke kiri kanan mencari cctv. Tapi dia tidak tahu di kaunter juga terdapat cctv.
.
Kes ini sudah wujud sejak 2013 lagi sehinggalah kini. Kebanyakan mangsa bertemu dan ditipu si ‘scammer’ di kawasan Kuala Lumpur. Saya bukanlah iPhone user, tetapi ASUS Zenfone 5 itu jugalah yang berminat di hati penipu tersebut.
Doakan saya.
.
Fiqah Nur,
masih lagi sedang memenangkan diri


EmoticonEmoticon