Saturday 29 October 2016

(MENGEJUTKAN BETUL) : KISAH NYATA DAN SERAM ROH KAWAN MANGSA KEMALANGAN DATANG KE PESTA KARAOKE.

Tags

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.


Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. 

Walau bagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motosikal ke parti tersebut. 

Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.


EmoticonEmoticon