Friday 28 October 2016

KANTOI !!! Burung Kakak Tua Dedah Suami Berlaku Curang Dengan Pembantu Rumah.... LEPAS NIE MESTI RAMAI TAKNAK PELIHARA BURUNG NIE...

Tags


KUWAIT - Gara-gara pendedahan seekor burung kakak tua, seorang lelaki nyaris dipenjarakan atas tuduhan berlaku curang dengan pembantu rumahnya. 

Lapor akhbar Al-Shahed, burung peliharaan lelaki itu kerap mengulangi ungkapan cinta antara lelaki itu dengan pembantu rumah berkenaan di hadapan isterinya. 

Percaya pada ungkapan cinta yang 'didedahkan' oleh burung berkenaan, si isteri kemudian membuat laporan polis. 

Bagaimanapun, lelaki itu bernasib baik kerana pihak berkuasa enggan menerima 'pendedahan' burung kakak tua itu sebagai saksi kerana tiada bukti yang menunjukkan burung itu tidak meniru perbuatan dalam rancangan radio atau televisyen. 

Meskipun pihak berkuasa menolak kes tersebut, si isteri tetap mengesyaki suaminya curang kerana setiap kali dia pulang ke rumah, suaminya kelihatan cemas dan itu bukan pertama kali burung berkenaan mendedahkan kecurangan tuannya. 

Menjalinkan hubungan secara haram antara lelaki dan wanita di Kuwait dianggap sebagai perbuatan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara atau kerja keras.


EmoticonEmoticon