Tuesday, 4 October 2016

(TRENDING) : Masih Ingat Dengan Nenek Ni?? Inilah CERITA SEBENAR Tentang Nenek Yang Gambarnya Pernah VIRAL !!!

Tags

Masih Ingat Dengan Nenek Ni?? Inilah CERITA SEBENAR Tentang Nenek Yang Gambarnya Pernah VIRAL !!! | Kuala Lumpur: “Jika umur saya masih panjang, dapatlah saya menggenggam sarjana. Kalau ditakdirkan perjuangan saya berakhir di sini, mungkin saya boleh ‘pergi’ dengan tenang dan gembira.”



Itu kegigihan warga emas Siti Hendon Abdullah yang berusia 80 tahun dan masih berusaha menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana di Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR) .

Menurut bekas guru itu, dia sentiasa bersemangat untuk melanjutkan pengajian biarpun selepas bersara dengan mengambil bidang pendidikan awal kanak-kanak yang dirasakan penting bagi membentuk generasi akan datang yang berkualiti.

“Memandangkan sebelum ini saya lebih fokus dan sibuk mengendalikan sekolah dan pelajar, sudah tiba masanya saya beralih ke bidang pengajian yang lebih mencabar biarpun umur semakin meningkat.

“Selepas bersara kira-kira 30 tahun lalu, saya ada membantu rakan untuk mengajar kanak-kanak di taska, namun saya tidak puas dan ingin lakukan sesuatu yang lebih besar,” katanya.


EmoticonEmoticon