Wednesday 9 November 2016

BERBAGI TIPS : TOLONG Jangan DiBuang Uncang Teh Yang Telah Digunakan !! Banyak manfaatnya ! Ini Adalah Antara Kelebihannya Yang Orang Lain Belum Lagi Tahu !!.

Tags

Kongsi tips : Jangan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan !! Banyak manfaatnya ! Ini Adalah Antara Kelebihannya Yang Orang Lain Belum Lagi Tahu !!.


Minuman teh segar sememangnya menyegarkan. Lebih enak kalau dihirup ketika masih panas ditambah pula dengan kudapan-kudapan seperti pisang goreng dan kuih muih. Hampas teh biasanya dibuang begitu sahaja selepas dibancuh. Sebenarnya hampas teh memiliki khasiat tersendiri dan boleh digunakan semula.

Kepelbagaian manfaat hampas teh ini menjadikan ia begitu versatil dan digunakan dalam pelbagai perkara seperti rawatan kecantikan dan juga kegunaan am rumah. Kami kongsikan tips khasiat hampas teh yang boleh digunakan.

1. Hilangkan debu ketika menyapu.

28082008%2528007%2529.jpg


Tapiskan hampas teh agar tidak mengandungi terlalu banyak air. Tetapi jangan sampai terlalu kering! Taburkan hampas itu di sekitar lantai yang ingin disapu. Selepas ia ditabur dengan rata, maka mulalah menyapu. Debu tidak akan berterbangan kerana ia akan melekat pada daun teh itu.

2. Menghilangkan bau kaki

Tips-Menghilangkan-Bau-Kaki.jpg


Bau kaki yang menyengat sememangnya kurang menyenangkan dan menyebabkan kita hilang keyakinan diri. Namun dengan menggunakan hampas teh, masalah ini boeh diatasi. Caranya ialah dengan renndamkan hampas teh ke dalam air panas. Kemudian rendamkan kaki ke dalam air hampas teh itu selama 15 minit. Gosok-gosokkan hampas daun teh ke celah-celah jari kaki. Amalkan setiap hari sehingga anda mendapat keputusan yang memuaskan.

3. Menyuburkan tanaman

Kegunaan%25252BHampas%25252BTeh-4.jpg

Hampas daun teh yang sudah lama tidak digunakan boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman. Caranya cukup mudah hanya dengan menaburkan hampas teh di sekeliling akar tanaman. Untuk kesan yang lebih baik, benamkan daun teh ke dalam tanah agar ia lebih cepat terurai.

4. Membersihkan perabot kayu.

Kegunaan%25252BHampas%25252BTeh-5.jpg


Untuk membersihkan perabot kayu, cara yang paling menjimatkan adalah menggunakan daun teh. Daun teh yang baru lebih berkesan digunakan untuk membersihkan perabot kayu. Caranya ialah dengan merendamkan teh dalam air panas untuk beberapa ketika. Selepas itu, basahkan kain dengan air teh itu dan lapkan perabot kayu yang ingin dicuci.


EmoticonEmoticon