Monday 5 December 2016

INILAH FADHILAT MEMBACA SURAH AL MULK SEBELUM TIDUR.... BOLEH MULA AMALKAN DARI SEKARANG DAH....

Tags



Al-Mulk bererti Kuasa Pemerintahan. Surah Al-Mulk adalah surah ke 67 dalam Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat. Surah ini termasuk dalam surah Makkiyah. Rasulullah SAW sangat mencintai surah Al-Mulk. Baginda mengharapkan surah Al-Mulk berada di hati setiap mukmin.

Surah Al-Mulk mempunyai banyak fadhilat bagi sesiapa yang melazimkan membacanya, antaranya:

1. Diberi keselamatan dari azab kubur
2. Diberikan syafaat sampai diampuni dosanya
3. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga

An-Nasai meriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, maka Allah akan mencegahnya dari siksa kubur. (HR An-Nasai)
Daripada Jabir r.a, sesungguhnya Rasulullah tidak akan tidur sehingga baginda membaca Alif Laam Al-Sajdah dan Al-Mulk. (HR At-Tirmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik, Rasulullah SAW bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu "Tabarakallazi" (HR At-Tabrani)

" Sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat 30 ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia mendapat keampunan dosanya iaitu surah Al-Mulk" (HR Abu Daud)

SUMBER: MELUR HASANAH


EmoticonEmoticon