Saturday 3 December 2016

KISAH BENAR.... "Tayar Kereta Saya Kena Toreh Di RnR Seremban," Wanita Cerita Hampir Jadi Mangsa 'Longkai'

Tags


Gambar Hiasan

Seorang wanita tidak menyangka dia hampir menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Beliau memuatnaik status di laman Facebooknya bernama Eja Amoi, dia mendakwa tayar keretanya ditoreh menyebabkan ianya pancit di atas lebuhraya.

Secara tiba-tiba tidak henti-henti ada kereta yang datang menghulurkan 'bantuan' tiba dengan siap bawak walkie talkie ditangan berbaju AAM.

Jom kita baca.


Kes di RNR Seremban.

Selalu baca je kisah orang lain di fb ni. Semalam saya alami sendiri. Saya ni memang jarang sangat berhenti di rnr kalau drive sendiri. Tapi sebab husband ada n kebetulan tak makan lagi, kami berhenti la juga kejap. 


Lepas siap semua, kami pun memulakan perjalanan semula. Tak sampai 5minit gerak, tiba2 tayar belakang kereta kami pecah. Saya cepat2 suruh husband berhenti di emergency lane. 

Berdebar2 sebab tau memang bahaya kan. Nak keluar duduk di tepi tak boleh sebab takde ruang di sebelah luar divider. So, tawakal je duduk dalam kereta. Mula2 gabra juga. Tapi tangan laju je google no plus ronda.

Mula2 call tak dapat. Try 4-5 kali baru dapat. Lepas call tu kami tunggu je dalam kereta. Husband keluar kereta kejap utk letak signage. Lebih kurang 5 minit kemudian, ada kereta dari seberang tunjuk isyarat seakan2 nak offer bantuan. 

Tapi husband tunjuk simbol ok je. So, kereta tu tak berhenti. Tak lama lps tu, satu iswara lama berhenti. Seorang lelaki pakai kemeja berlogo AAM. Siap bawak walkie talkie. Datang offer diri nak tolong tukakan tayar. Tapi kami cakap terima kasih je. 

Dia beriya-iya nak tolong. Kami cakap takpe. Kawan dah nak sampai. So, dia pun tak jadi tolong. Sebelum pergi, dia sempat minta rokok kat husband. Tapi husband tak layan pun. Tak lama lepas tu, datang lagi sebuah kereta dari seberang. 


Gigih lintas jalan nak tolong kami. Pakai baju AAM juga. Husband sehabis baik menolak pelawaan orang tu. So, dia pun balik ke kereta semula. Saya dah makin risau. Saya call semula plus ronda dan tanya berapa lama tempoh untuk pihak plus tiba.

Tak lama lepas tu, datang lagi sebuah kereta saga atau iswara lama. Org tu pakai jaket keselamatan menyapa husband yang tengah betulkan signage yang jatuh di blkg kereta kami. Kali ni dalam kereta ada seorang perempuan dan kanak2. 


Maybe nak nampak meyakinkan, sebab ada yang nampak saya pegang baby. Masa husband tengah bercakap2 tu, akhirnya hilux plus ronda pun sampai. Lelaki yang konon nak bantu tu terus masuk kereta dan jalan.

Bila orang plus cek tayar, katanya macam ada kesan kena garit atau toreh pada tayar. Orang plus cakap kes ni biasa berlaku. Cuma nasib kami baik, sebab plus ronda tiba agak cepat. Mungkin benda ni dilakukan time kami stop di rnr seremban.

Saya just nak nasihatkan kepada yang selalu travel, selain dari kurangkan berenti di rnr, sentiasa pastikan bateri hp ada, standby cable utk caj hp dalam kereta. At least kalau bateri hp nak habis, boleh caj guna powerbank atau caj pada kereta je. Dan Hp kena sentiasa boleh call out. 

Kalau nak pegi toilet pun, better bergilir-gilir n ada yang tunggu dekat kereta. Hati2 semua. Zaman sekarang macam2 kes ada. Pada saya, ia bukan satu kebetulan apabila tayar pecah, 4 kenderaan yang lebih kurang sama dan orang yang juga sama bangsanya datang dalam masa 15-20minit.

Ps: maaf sebab takde gambar. Tangan dok pegang anak je lepas dapat call plus.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kami cuba mendapatkan reaksi peronda PLUS, menurut mereka aktiviti ini banyak terjadi di atas lebuhraya, aktiviti longkai ada yang betul tetapi kebanyakkan menipu.

Mereka akan menawarkan perkhidmatan membaikpulih kereta, dalam situasi ini menukar tayar dengan cas yang agak mahal, untuk meyakinkan mangsa, mereka akan datang menyamar memakai baju AAM palsu.

Prosuder untuk AAM datang ialah, mangsa perlu menghubungi PLUS terlebih dahulu, apabila pihak PLUS sampai, 'check' kereta, baru pihak peronda PLUS akan bertanya adakah mahu mereka PLUS hubungi AAM atau tunda kereta kita ke susur keluar tol terdekat.


EmoticonEmoticon