Thursday 15 December 2016

LAWAK BETUL !!! Nenek Ini Dilanggar Kereta Mainan..Apa Berlaku Selepas Itu Memang MELUCUKAN...Heheehe !!!

Tags

Beijing – Tindakan seorang nenek yang meminta pampasan selepas dilanggar oleh sebuah kereta mainan yang dipandu seorang kanak-kanak perempuan di bandar Changde, mendapat perhatian ramai di media sosial baru-baru ini.



Menurut portal Daily Mail, kejadian tersebut dirakam oleh seorang individu yang berada berhampiran selepas nenek itu enggan bangun sebaliknya terus duduk di bahu jalan dan meminta pampasan daripada ibu kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

Warga emas tersebut menuduh kenderaan mainan itu dipandu laju di kaki lima, seolah-olah tidak menyedari bahawa kereta itu hanyalah permainan kanak-kanak.

“Kedua-dua mereka tetap berkeras dengan pendirian masing-masing dan bertengkar agak lama,” lapor portal berita Huanqiu.

Selepas video tersebut menjadi viral di media sosial, ramai yang memberikan pendapat berbeza termasuk menyatakan rasa simpati terhadap warga emas tersebut.

Terdapat beberapa individu yang berpendapat dia sepatutnya dihantar ke hospital dan ada juga yang merasakan nenek itu berbohong dan sengaja mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan wang.
Sumber – Utusan Online


EmoticonEmoticon